Thursday, September 24, 2009

Gulai Rendang Maman dengan Ayam

Gulai Maman dengan Ayam adalah satu masakan kebesaran penduduk di kampung aku, iaitu di Kg Geduk sejak aku masih kecil lagi ketika di sekolah rendah. Tetapi selepas tahun demi tahun, masakan Maman ini menjadi kegemaran penduduk di kawasan Gemenchech secara amnya.

Bukan sahaja Melayu, bahkan kaum Cina juga sangat pandai memasak Gulai rendang maman dengan ayam kampung ini. Ianya adalah suatu masakan yang dinanti-natikan sewaktu makan bersama keluarga di malam terakhir berbuka puasa dan di pagi Raya pertama.

Di hari perayaan seperti di bulan Puasa dan di Hari Raya, ramai pekebun akan menjual sayur maman segar mereka di tepi2tepi jalan raya, dipasar tani dan dipasar Gemenchech.

Maman memerlukan santan segar dan pekat yang banyak. Mengikut sukatan yang diberi oleh kakak aku, seekor ayam + 2 kg maman + 4-6 biji santan pekat. Gulai ini akan berminyak dan pekat seperti rendang. Bahan-bahan nya adalah sgt mudah...Kita cuma memerlukan ayam, maman, santan pekat, kunyit segar, cili padi, asam keping, asam jawa dan garam secukupnya.

Sila lihat cara-cara kakak saya memasak Gulai Rendang Maman dengan Ayam dibawah.

Maman segar yang sudah di kerat, dipilih dan di basuh. Tos kan air basuhan didalam bakul.



Kecutkan ayam bersama kunyit dan cili api yang sudah di lumatkan. Masak sehingga sebati.



Ayam yg sudah kecut dan sebati.


Masukkan Santan pekat ke dalam kuali.


Kacau adunan sehingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya bersama santan.


Keluarkan semula ayam tadi kerana masakan ini perlu di teruskan lagi sehingga santan berminyak. Ayam akan menjadi hancur sekiranya di masak berterusan.


Teruskan memasak kuah maman itu tadi sehingga santan berminyak. Hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tidak hangus di bahagian bawah nya.




Masukkan Maman dan biarkan maman itu layu sendiri didalam kuali. Jangan kacau buat seketika kerana mengikut petuanya, maman yg dikacau akan menjadi pahit.


Masukkan air asam jawa. Air Asam jawa akan menjadikan gulai maman menjadi lebih perisa. Ramai di kalangan penggemar gulai maman tidak tahu mengenai peranan asam jawa di dalam Gulai Maman. Kebanyakannya tidak akan memasukkan air asam jawa ini.








Maman tadi terus dimasak lagi sehingga terbit minyak dan maman menjadi sebati.





Ayam tadi dimasuk kan semula kedalam kuali dan kacau masakan sehingga sebati dan berminyak.













Maman yang sudah siap dimasak dan sedia untuk hidangan.

Mengikut kata ibu dan nenek aku, gulai maman hendaklah mempunyai minyak santan seperti yang dilihat didalam gambar diatas. Barulah Gulai ini "menjadi". Tentang rasa pula, mesti mempunyai rasa lemak, pedas cili api, rasa masam sedikit dari asam keping & perisa dari air asam jawa.

Kadang-kadang rasa pahit dari Maman masih ada. Pada aku rasa pahit itu membuatkan Gulai maman ini lebih "kick". Tetapi ada segelintir penggemar maman berpendapat, rasa pahit dari maman menunjukkan tukang masaknya belum expert lagi.

Walau apa pun, Gulai Rendang Maman dengan Ayam ini adalah tersangat sedap in the world I tell you. hehehehehe!

Selamat mencuba resepi Ibu aku ini.

Dwen.

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Why not Dwen masak for us !!!! Buat open house raya...Come on resepi dah ade Dwen!! Show your talent,make your move.....NAnti kita ramai2 serbu umah Dwen...This is an order... haha

    Cheers,
    Derrick

    ReplyDelete
  3. Hey derrick...nanti kalau I ajak...you x datang plak? I nak wat camner??? I kena makan sorang2 satu kuali...hahahaha

    ReplyDelete
  4. Hey derrick...nanti kalau I ajak...you x datang plak? I nak wat camner??? I kena makan sorang2 satu kuali...hahahaha

    ReplyDelete
  5. I am sure I will come TAPI bgtau sehari sebelumnya SO THAT i keep my stomach empty...nak melantak,ckp masak satu kuali kan !!!!! For make it's fair & square, aku sponsor la ayam ke or santan instant sepacket ok hahaha????

    If you cook that's nice....dapat pahala bulan Syawal ni.... !!!

    derrick27journey@gmail.com

    ReplyDelete
  6. that's cool, im looking for this recepy..thanks bro!

    ReplyDelete
  7. how do i contact u?? its veryy22 urgent...

    ReplyDelete
  8. hi, datang sebab rendang maman. resepi orang gemencheh.

    ReplyDelete
  9. thank u..lama dah cari resepi ni..jumpa akhirnya lengkap dgn pic cara2nya...thank u so mucchhh.....

    ReplyDelete