Tuesday, October 13, 2009

Aku Tersungkur Lagi!

Aku menerima 5 SMS dari seorang yang dahulunya aku sangat senangi, sayangi dan akrab. Tetapi pada Jumaat sebelum Hari Raya baru-baru ini, aku telah melakukan sesuatu yang agak melulu dan melakukan kesilapan kerana tidak memberi keyakinan terhadap diri aku sendiri.

Aku telah meminta maaf terhadap beliau tetapi SMS aku tidak dilayan dan talifon aku tidak dijawab. Aku paham, dia tidak perlu pun untuk memaafkan aku dalam hal ini sebab dia ada hak untuk melakukan apa sahaja kepada sesiapa pun.

Hanya Nabi Muhammad s.a.w. memaafkan dan menerima semua umatnya.

Malah beliau pernah memberitahu aku “anggaplah seperti kita tidak pernah kenal sebelum ini”. Aku tidak menjawab SMS beliau kerana ianya bukan soalan yg perlu dijawab. Ianyanya hanya satu pernyataan! Aku biarkan dia dengan dirinya. Aku boleh berlalu pergi! Aku tak lagi menagih apa-apa dari beliau.

Aku manusia biasa hanya perlu beringat dan bersabar akan apa yang aku lakukan, aku hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari segala kesilapan atau kesalahan. Setiap kesilapan akan mendapat hukuman. Sedang aku menjalani hukuman, kehidupan harus diteruskan.

Kata-kata beliau:

1. Dlm hati awak….masih ada kah nama XXX(nama beliau)?
2. Bt apa simpan….
3. Kan kita dah tak berkwn lg.bt apa awak simpan nama saya.bt sakit kan hati awak je…
4. Kita blh berkwn dgn apa segala usia.muda ke tua ke…tp kita ni yg dah berusia.kena tjk kan sikap dan sifat yang matang.bkn macam peel budak2 yang TAK matang..
5. Awak dah lain..panas baran..hati dah kuat tp panas baran.takde sapa ckp dgn saya.tp gerak hati saya tak pernah bohong.dan Pak X tak penah bohong saya.

Aku hanya menjawab soalan no1 sahaja: “Tentulah ada!”

NO 2,3,4 dan 5 semuanya aku biarkan sahaja. Sebab aku tetiba rasa sedikit terkejut setelah beberapa minggu, baru aku dapat jawapan dari beliau bertalu-talu.

Tetapi perlu ke aku menjawab semua SMS beliau? Aku tak rasa dia akan melayan alasan aku pun. Perlu ke nak bermain kata-kata membuat soalan rumit yang berbau jerat untuk membuat kan aku merasa lebih bersalah? So tak perlu nak bersusah payah!

Manusia berubah setiap hari! Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Buruk baik, susah atau senang, semua menjadi pelajaran yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit atau paksaan.

Ya! Aku memang merasakan aku sekarang lebih cekal hati dan lebih pemarah. Tetapi mungkin aku terlalu tegas dengan pendirian aku dan kehendak aku. Manakan tidak nya, selepas hati aku hancur di hempas ke lantai, ditipu dengan seribu muslihat seperti permainan silap mata, aku terpaksa mengorak langkah aku dengan lebih tegas dan cekal supaya tidak di pijak untuk kali ketiga.

Lantas aku tersalah langkah dan membuatkan kawan-kawan aku tersalah anggap tujuan aku. Maaf kan diatas kesilapan aku ini!

Tetapi aku tahu, kita semua bukan kanak-kanak kecil yang perlu di lukiskan gambar rajah nya supaya kita lebih paham. Kata-kata sudah cukup untuk menerangkan apa yang tersirat dan apa yang tersurat.

Ya! Memang aku masih lagi ada menyimpan nama beliau didalam hati aku. Tetapi aku sedikit pun tidak merasa marah, dengki atau benci terhadap beliau. Aku menyimpan beliau didalam hati aku kerana suatu ketika dahulu, beliau adalah tempat aku mengadu, meminta pertolongan, bercerita nasib dan seorang kawan yang jauh tetapi dekat dihati.

Ya! Aku halalkan segala makan dan minum mu dunia dan akhirat seperti yang awak minta. Musim yang lepas sudah berlalu, mentari sudah mencelah kembali, aku bangun dan berdiri sendiri. Usah dirisaukan barang yang lepas. Menangis pun takkan berguna lagi.

Selamat jalan kepada beliau dan mereka yang senang dan mudah bersedia untuk membuang pesalah manusia. Usahlah kau menoleh ke belakang takut nanti kamu tersalah langkah lagi dan tersungkur. Majulah kehadapan dan lupakan yang lepas.

4 comments:

  1. huh... semua ni adalah asam garam dlm mengharungi liku2 kehidupan... xsalah klu kita mengalah, buat apa keruhkan keadaan yg mmg xkan untungkan sesapa.... jangan disebabkan ego, yg dirasuk oleh syaitan menpengaruhi kita, (syaitan akan berpasta atas kemenangan dia mengawal manusia)... berdamailah selagi masa masih berdetik....






    `rezjal`

    ReplyDelete
  2. i tau u suka menulis utk lepas kan segala terbuku didada, bgs utk kita berubah menjadi cekal tapi utk menjadi seorang pemarah memang lah tak baik. tegas memang PERLU & HARUS dlm urusan hidup. tapi marah biar lah mcm mana kita marah skali pun kita mesti nak kena jaga hati org yg kita marah. mcm pepatah melayu kata, kerana mulut bdn binasa.

    muhasabah diri, bwk bertenang & renung sedalam2 nya. memang betul u ckp sedang kan nabi ampun kan umat tapi kita nak kena ingat yg kita berdepan dgn manusia yg tak pernah sempurna.

    ikhlas dgn pengampunan, buang kan yg hitam. walaupun parut masih bertanda anggap kan itu sebagai semangat atau perangsang utk membiaki diri.

    keikhlasan & kejujuran akan terlihat satu hari nnt cuma kita nak kena byk bersabar. sampai bila? itu bukan utk kita persoal kan. itu ujian DIA.

    ReplyDelete
  3. Dear Sweet Heart,

    Thank you so much for that kind words of advise. Really appreciate everything!

    Sincerely,
    Me.

    ReplyDelete
  4. To Rezjal,

    Its all true to what you say... But sometimes its easier said than done!

    ReplyDelete