Friday, October 16, 2009

SELUMBAR!

Ada masanya kita terpaksa keluarkan SELUMBAR di kulit walaupun sakitnya tak terhingga. Selumbar itu mungkin secebis duri atau secebis kayu tajam yang pastinya dibuang dan akhirnya menjadi sampah sahaja.

Walaupun rasa sakit tentunya akan hilang tetapi Parut tetap akan ada sentiasa mengingatkan kita kepada tusukan tajam Selumbar yang tidak di sangkakan boleh melukakan kita.

Selumbar boleh berada dimana-mana sekiranya kita tidak berhati-hati akan menusuk kulit sekali lagi. Kadang-kadang pokok yang berbunga cantik tidak boleh dipegang sesuka hati dan jauhkan lah diri kerana duri tajamnya boleh mencederakan kita.

Kadang-kadang perabut kayu yang cantik yang diguna setiap hari pun boleh memberi selumbar kepada kita jika kita terlupa untuk berhati-hati apabila menggunakannya.

Pokok Mawar yang cantik atau perabut kayu yang mahal tidak menjanjikan kesetiaan kepada empunya nya kerana inilah lumrah dunia. Tiada siapa pun milik siapa! Tidak perlu ada kesetiaan.

Hanya…. pokok mawar yang berduri mungkin akan ditebang oleh empunya nya apabila duri tajamnya mencederakan dan membawa kemarahan. Kaedahnya……. buang aja pokok berduri ini sebab banyak aje pokok lain yang cantik tetapi tidak menyakit kan hati bila terluka. Betul kan?

Fikirkan betapa bongkak dan ego nya lumrah alam apabila kita mendapat cari sebab dan alasan untuk menebang pokok mawar yang berduri tanpa belas kasihan bahawa mawar tiada pilihan tetapi terpaksa tumbuh bersama dengan durinya.

Kita hanya menikmati kecantikan bunganya apabila ia mekar tetapi menebangnya apabila tertusuk durinya. Tak ubah seperti bila madunya habis, sepah dibuang.

Keadilan hanya dimata yang lebih berkuasa. Yang lemah menjadi mangsa! Mengharap kasihan tetapi tidak dipedulikan.

Kepada si penebang dengan parang tajamnya, dialah yang benar dan itulah kuasa.

Hebatkan keadilan hidup kita ini?

Janganlah kamu bongkak dan meninggi diri sentiasa. Betul atau salah tidak memberi kamu lesen untuk melenyapkan sesiapa atau benda.

Just a thought!!!!

1 comment:

  1. buat apa nak perlihara benda yg cantik, klu terkena bisa sendiri... cukup lah tanam bunga tahi ayam yg mmg dh tahu bau dia xsewangi mawar, tapi tidak mengenakan tuannya.....

    rezal

    ReplyDelete