Friday, May 21, 2010

RUMAH IMPIAN, IMPIAN TERLEPAS

Pagi tadi semasa aku tengah drive nak pergi kerja, aku berangan lagi mengenai rumah impian aku. Hentahlah, aku selalu berangan nak memiliki rumah yang cantik, ada laman yang luas di sebelah rumah untuk aku berkebun dan melepaskan kucing-kucing kesayangan aku.

Tetapi bila aku fikir semula reality kewangan aku sekarang dengan umur aku yang hampir mencecah 40 tahun ini, aku rasa sampai mati pun aku tak kan merasa tinggal didalam rumah yang cantik and luas seperti yang diidamkan.

Lebih kurang 5-6 tahun dulu, aku beli sebiji rumah bangalo dari sepupu aku Liza and Affendi. Mereka bercerai, jadi rumah yang mereka baru beli bersama terpaksa dijual. Selepas aku melihat bangalo tu di Lavender Heights, Senawang, Aku terus jatuh cinta dan beli property itu. Semuanya berjalan lancar, aku keluarkan wang simpanan aku, bayar 10% dari harga rumah itu dan tidak lama kemudian aku pun pindah masuk bersama dengan Chomel, Sultan dan Cotton.

Tetapi tanpa kusedari, rupanya, sepupu aku dan ex-suami dia tak pernah bayar satu sen pun ke bank mereka setiap bulan sebelum aku masuk dan hutang mereka dengan bank menjadi bertimbun-timbun…selepas dua tahun aku dok disana, dan selepas aku berbelanja melebihi RM60,000 terhadap rumah idaman aku itu, aku dihalau keluar. Sebabnya, pihak bank tidak boleh beri hak sepenuhnya rumah itu kepada aku melainkan aku tambah sebanyak RM30,000 lebih lagi kepada bank. Mana aku nak korek duit lagi?

Aku menjadi buntu dan merasa sungguh sedih, sesal dan kecewa dengan semua nie sebab aku terpaksa bakar segala pelaburan aku kat rumah tu begitu sahaja. Dalam sekelip mata aku dari berumah Banglo menjadi homeless. Selepas 2 tahun menginap dirumah itu, aku keluar dan menumpang tinggal di rumah Azaham di Seri Kembangan.

Sudah nasib aku macam ni, aku terima sahaja dan teruskan kehidupan. Tetapi selepas beberapa tahun tinggal di apartment Azaham, aku sudah mula rasa terasing dan sedih semula. Aku ingin tingal di rumah aku sendiri. Aku tak boleh duduk dirumah orang dah. Dah tak larat tinggal di rumah kawan yang aku tak boleh buat apa-apa pun. Aku tak boleh ubah suai rumah ini. Aku tak boleh letak kucing2 kesayangan aku. Aku tak boleh gantung lukisan dan hiasan di dinding. Store room pun kena kemas sentiasa dan aku terpaksa punggah kotak-kotak yang sudah disusun rapi bila aku nak ambil apa-apa. Semuanya dah tak seperti dulu, free and easy orang kata.

Aku tak boleh buat sesuka hati aku. Aku menumpang belas kasihan seorang kawan. Aku menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh orang. Aku terasa seperti seorang parasit diatas dahan pokok yang indah. Hidup sementara dan tiada masa depan.

Aku tersekat dengan batasan aku sendiri…kewangan. Aku sekarang dok membayar hutang yang beribu-ribu setiap bulan di atas kesilapan aku yang dahulu dan tak mampu untuk menyimpan walau seratus pun untuk masa tua aku. Aku hidup dari bulan ke bulan disetiap bulan. Setiap sen gaji aku semuanya sudah ada tempat yang akan “dicampak” kan. Aku rasa hati aku sebak dan sebu! Aku tidak sedih tetapi rasa buntu dengan hutang yang tiada hentinya.

Aku tahu perbelanjaan aku agak “berlebihan” selalu. Orang akan cakap daripada beli Beg Burberry yang berharga seribu ringgit, lebih baik letak di dalam ASB dan biarkan dia beranak sendiri dihujung tahu. Memang betul, aku dengan designer taste aku, CK, Burberry, Zara, Prada, Gucci, tralili-tralala….semuanya pembaziran. What can I say?

Tetapi kalau aku fikir semula, tak logic kalau aku kerja kuat setiap bulan untuk membayar hutang piutang sahaja seumur hidup aku. Betul tak? Takkan aku tak boleh nak hiburkan hati, buat retail therapy sebagai “hadiah” ke atas situasi aku yang dah already merunsing kan ini. Life is too short to just look at beautiful things and walk away. I want to have them in my possession and enjoy them. I do! Kadang-kadang aku rasa sungguh enjoy dan puas hati selepas aku beli jacket Calvin Klein koleksi yang paling latest kat KLCC. Aku rasa puas sampai kan termimpi-mimpi.

Kalau beli designer beg, lagi lah. Aku rasa macam nak tidur dengan Beg baru tu. Tetapi aku selalunya akan sorok kan semua designer goods aku yang baru di atas almari aku. Sebab aku tak mahu kawan2 aku nampak yang aku ada “benda” baru ini. Aku tak suka kalau dorang fikir yang aku ni kaya. Aku tak kaya, aku cuma tidak takut untuk berbelanja. Itu sahaja. And I know that I deserve it!

Aku tau dengan cara ini juga membuatkan aku tidak putus asa dengan segala hutang piutang di bank yang tiada hentinya dengan interest yang beranak pinak. At least aku rasa terhibur sekali sekala dengan pembelian yang cantik dan berharga.

Mungkin satu hari nanti aku akan end up dengan designer bags aku sahaja dan aku terpaksa bungkus-bungkus kan nya jadikan rumah. Sebab kalau aku fikirkan semula harga2 beg aku tu, dah berpuluh ribu aku berbelanja. Hanya bank sahaja yang tahu!

Tetapi my ultimate dream is to have my own home. A beautiful house for me, my loving cats and my beautiful orchids. But for now, semuanya masih blur, masih berkabus dan masih jauh dari harapan aku.

My clock is ticking but I am stuck!

1 comment:

  1. ini merupakan pertama kali saya membaca blog awak.. dan post yg pertama... sedih membacanya... semoga awak tabah mengharungi dugaan ni ye...

    ReplyDelete