Aku mula dapat kunci rumah sewa baru ni 15 hb August dulu. Tetapi sampai sekarang pun masih ada banyak benda masih belum settle kat rumah ni. Masih ada banyak pokok2 kat Apartment Azaham yang perlu di ambil. Grill Set pun masih di rooftop Apartment Azaham dan ada 3 lagi equipment gym masih berada di rumah Yussof.
Sangat penat bila berpindah ke rumah baru dan sangat banyak wang di perlukan. Setakat ni macam nak terkeluar air mata darah dah bila menegnangkan betapa banyak nya hutang dan wang yg dah dileburkan ke rumah ini.
Tetapi ini adalah kali terakhir aku membeli peralatan rumah. Sekiranya aku berpindah ke rumah baru, aku akan bawa semuanya dan tak kan membeli barang baru. Cukuplah sekali ini sahaja.
Dibawah ialah gambar rumah aku yg 80% siap.
Ruang Tamu, my entertainment set semua Panasonic. TV ialah Panasonic LCD Viera 42", Blue Ray DVD Player dapat free sebab package beli TV, Surround sound semua Harmon & Kardon brand yg I beli 5 tahun dahulu.
Ruang Tamu dan Ruang Makan terbahagi oleh Arm Chair hijau belang. Meja makan di perbuat dari Kayu jati dan mempunyai 8 kerusi.
Ruang Tamu; Arm Chair dengan Fabric Cover belang hijau tua untuk matching dengan Sofa 3-Seater tu.
Ruang tamu, Sofa idaman dengan fabric cover bermotifkan bunga besar dan Daun Pisang, mengingatkan aku kepada perabut Hawaii.
Style dapur kesukaan saya...Walaupun tiada Cabinet Dapur yg kemas tetapi dapur ni mempunyai semua keperluan saya, Sink Stainless yg besar, Kitchen Island, Stove & Oven Dapur dari Italy yg lengkap and lain2.
Master Bedroom; Set Katil King size sy beli dari Nilai 3 juga, semuanya Kayu Jati.
Master Bedroom; Chest dgn drawers ni beli kat Ikea tetapi Almari tu ialah Kayu Jati beli I kat Nilai 3.
Guest Room di atas. Semua bewarna putih dan senang nak di padankan dengan apa2 pun. I paling suka dengan katil besi dari Ikea ini. Klasik dan buatannya sgt kukuh.
Family Room ditingkat atas. Sofa terpaksa di coverkan dgn kain blanket sebab sofa tu putih melepak, takut cepat kotor. Terpaksa beli Sofa dgn fabric putih sebab harga dia paling murah berbanding dgn yg menggunakan fabric bewarna atau bercorak.
Dan set TV belum ada budget nak beli utuk ruang ini. Tak penting sangat, lagi pun lampu kat ceilling pun belum ada. Nanti I akan pasang Lamp Shades aje sebab yang ni dah ada cuma tak keluarkan lagi dari kotak.
Nice decor! Awesome, sweetheart!
ReplyDeleteSweet kalau lelaki pandai deco ni. Taniah kerana berani mencuba!
ReplyDeleteBerapa u beli katil n meja makn tu kat nilai 3 ye?
ReplyDeleteBerapa u beli katil n meja makn tu kat nilai 3 ye?
ReplyDelete